KAKI KOMPLEN
Kerajaan salah.
Harga barang naik.
Minyak naik.
Gaji sikit.
Bos garang & tak memahami.
Anak nakal.
Isteri kuat membebel.
Suami kaki kontrol.
Kawan tikam belakang.
Itu tak kena ini tak kena.
Ehhh... Banyak nya isu dunia yang tak pernah surut.
Itulah masyarakat kita. Setiap hari ada saja isu yang nak diketengahkan. Ada saja cerita tak puas hati pasal kehidupan.
Pendek kata, ramai yang kuat komplen sebab terpaksa hadapi pelbagai hal setiap hari.
Tak salah tau sebenarnya nak komplen.
Kadang ada orang bukan nak sangat mengadu dan komplen itu ini. Cumanya sekadar nak luahkan penat. Sekadar nak ada orang yang mendengar.
Tapi, tak elok juga komplen kerap sangat tanpa cek diri sendiri apa yang boleh kita improve.
Contohnya, kalau asyik komplen isteri kuat membebel... Cuba cek KENAPA dia kuat membebel.
Kalau asyik dapat kawan tikam belakang, cek KENAPA kawan tu tikam belakang.
Kalau bos asyik marah dan tak memahami kita sebagai pekerja dia, cuba cek KENAPA & APA yang sebabkan bos naik angin.
Kalau tak selesa gaji tak naik-naik, cek KENAPA pendapatan kita masih ditakuk sama.
Bila dah nampak kat mana puncanya, kita boleh baiki dan ubah apa yang sepatutnya boleh diubah.
Periksa sampai ke AKAR UMBI, kemudian cari solusi untuk atasi semua isu yang kita tak puas hati.
Mesti akan selesai segalanya bila kita cari PUNCA sampai ke akar.
Tak guna kalau kita komplen dan terus salahkan orang sana sini tapi terlupa nak cek punca berlakunya sesuatu hal yang kita tak suka.
Mudah saja sebenarnya. Hidup ni kan pilihan.
Pilihan kita yang tentukan hasilnya nanti. Maka pilihlah pilihan yang beri kebahagiaan dan ketenangan hati pada kita.
Kita tak mampu kawal dunia tapi kita mampu kawal diri sendiri. Makanya, tak guna kalau kita terus komplen pasal hal yang berlaku keliling kita tanpa kita ubah diri sendiri.
Bila segalanya cukup, semuanya puas hati... Dah tentu tak ada lagi komplen yang keluar dari mulut kita.
No comments:
Post a Comment