MEDIA SOSIAL BOLEH SEBABKAN SAKIT MENTAL
Pernah dengar ayat macam tajuk di atas?
Sebenarnya, pernah la beberapa tahun dulu ada seorang kenalan cerita... Kawan dia tutup akaun media sosial sebab terlampau stress dengan circle media sosial. Katanya, selagi mana dia tak tutup selagi itu dia boleh berpeluang jadi 'jahat'.
Ada juga dengar sok sek sok sek pengguna lain. Media sosial ni punca depression, stress & pelbagai masalah lain.
Maka beramai-ramai pandang media sosial ni sebagai benda yang negatif.
Bagi Ezaty pula, media sosial tu tak salah. Semuanya bergantung kepada individu tu sendiri.
Macam mana cara seseorang memandang sesuatu, semuanya terpulang kepada diri masing-masing.
Contoh lah kan...
Ada orang kata Facebook ni toksik. Boleh sebabkan ramai membawang, bergaduh dan saling bertikam lidah.
Hakikatnya, semua tu adalah pilihan individu. Bukan salah platform Facebook.
Kalau kita guna Facebook ke arah yang baik makanya baiklah yang kita dapat. Kalau sebaliknya, itu yang ramai boleh terkena sakit mental.
Analogi mudah.
Kita ada pisau.
Pisau tu kita boleh pilih sama ada...
Nak tikam orang.
Atau...
Nak potong timun.
Tools yang sama. Tapi boleh guna untuk dua benda yang berbeza yang akan bawa hasil yang juga berbeza.
Mana satu pilihan kita?
No comments:
Post a Comment