Saturday, August 13, 2022

Contoh E-book 1

(1)



(2)


(3)

 

Contoh Copywriting 2

 


Niat asalnya nak cuit sikit jerr tapi terngap semua. Apa citerrr ni?

🤣🤣
Haaa... Jangan main-main dgn penangan kek ni sebab kek nilah yang paling gebu di Mamasab sampai susah nak lupakan. 🤭
Gebunya... ya ampunn... Lain machiam sungguh.
Fresh cream dia pula sangat ringan dan tak muak tau uolls. Lepas tu penuh siraman sos butterscotch dan taburan kacang pecan yang semestinya datang dgn kasih sayang yang melimpah. 😘😘😘
Sambil makan sambil berangan putera raja masuk meminang pun bolehhh... Sedar2 kek dah licin.😆
Tulah dia penangan Pecan Butterscotch dari Mamasab Bakery.

Contoh Copywriting 1

SERIUSLAH JUAL KEK JERR BOLEH BUAT SALES JUTA-JUTA? 😱😱

Ehh, ramai susah nak hadam dan percaya dengan hanya jual kek saja Mamasab boleh buat jualan tahunan sehingga lebih RM100 juta setahun.
Macam tak masuk akal, kan?
Susah betul nak percaya ni!

Pssstt... Nak tau rahsia terbesar macam mana Mamasab boleh capai jualan gini dengan hanya guna zero cost marketing?

"5 tahun dulu Mama start dengan 2 cawangan saja. Alhamdulillah sekarang dah ada 25 cawangan utama yang produce kek setiap hari dan ada lebih 300 mini hub seluruh Malaysia yang bantu distribute kek kepada pelanggan."

Syukur. Siapa sangka kan orang yang asalnya takde langsung pengalaman dalam bisnes boleh bina empayar perniagaan sehingga diberi jolokan Bakery No 1 Malaysia.

Tak ada apa yang mustahil dengan usaha dan keyakinan yang tinggi.

Yang lebih luar biasa bila lebih 90 orang usahawan yang bernaung di bawah jenama Mamasab berjaya capai jualan juta-juta setahun TANPA SEBARANG MODAL.

Nak tahu lebih banyak rahsia lagi macam mana usahawan dalam Mamasab yang datang dari pelbagai latar belakang ni bina bisnes dan kewangan?

Jom coach bisik-bisik kat tepi.

Contoh Penulisan 6

CAJ COD BOLEH BAGI FREE TAK?🤔😬😎


Pernah kan sebagai pembeli, kita membeli sesuatu barang dan mengharapkan untuk dapat jimatkan caj penghantaran?
Tapi sebagai pembeli, pernah tak terdetik kat hati kita untuk letakkan diri kita di tempat pihak seorang penjual dan runner?

Tak salah tau kita cuba berjimat tapi bila semua benda nak dapat secara PERCUMA, secara tak langsung kita sebagai pembeli sedang nafikan hak penjual dan runner.
Haaa... Hak macam mana tu?🤔

Okey, meh sini nak bagi analogi mudah.
Katakan, kita bekerja dan sepatutnya kita dapat bayaran/gaji tapi bos nafikan hak kita sebagai pekerja dengan tak nak bayar hasil kerja kita.
Adakah kita okey saja?
Jawapannya, dah tentu tak okey.

Konsep ni sama saja dalam cerita tentang penjual/runner dan pembeli tadi.
Bila kita beli barang dan semahunya nakkan penghantaran PERCUMA, maknanya kita sedang nafikan hak orang.

Sebagai penjual pulak, kadang ada yang sanggup buang harga atau rendahkan harga caj penghantaran semata-mata tak nak pelanggan lari.
Tapi sedar tak dengan cara macam tu, kita sedang merendahkan nilai diri kita sendiri.
Sangat tak berbaloi tau.

Jom sama-sama kita jaga dan pelihara hak kita dan hak orang lain.
Jadilah manusia yang bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur.

Duit bukan raja.
Pembeli juga bukan raja.
Penjual/runner dan pembeli saling memerlukan.

Jangan jadi manusia tamak atau pentingkan diri sendiri sebab manusia tamak dan penting diri akan rugi selalu.

Contoh Penulisan 5

 APA PERKARA WAJIB BUAT SEBELUM MULAKAN SEBARANG BISNES?

🤔
✅Research jenis bisnes yang diminati
✅Pilih sama ada nak mula bina bisnes jenama sendiri atau jual produk/servis orang
✅Kenali siapa target customer dan potensi pasaran
✅Cari guru/mentor yang pakar dalam niche bisnes yang ingin diceburi
✅Buat kira-kira (modal, kos dll)
✅Bersedia mental, fizikal dan emosi

Bila buat bisnes, jangan ikut-ikut orang. Sebab minat dan kehendak orang tak sama dengan kita.
Skil dan pengalaman kita juga berbeza-beza.

Tepuk dada tanya hati dan kemahuan kita... Apa yang kita nak melalui bisnes.
Dah jelas dan pasti kemahuan kita, terus gerak dan ambil tindakan.

Yang penting, jangan lupa untuk berguru cari ilmu secara berterusan sebab ilmu takkan pernah habis untuk digali.

Insyallah kita bakal jadi usahawan berjaya dunia akhirat. ❤️

Contoh Penulisan 4

 KAKI KOMPLEN

⚠️
Kerajaan salah.
Harga barang naik.
Minyak naik.
Ayam naik.
Gaji sikit.
Bos garang & tak memahami.
Anak nakal.
Isteri kuat membebel.
Suami kaki kontrol.
Kawan tikam belakang.
Itu tak kena ini tak kena.

Ehhh... Banyak nya isu dunia yang tak pernah surut.😬

Itulah masyarakat kita. Setiap hari ada saja isu yang nak diketengahkan. Ada saja cerita tak puas hati pasal kehidupan.

Pendek kata, ramai yang kuat komplen sebab terpaksa hadapi pelbagai hal setiap hari.

Tak salah tau sebenarnya nak komplen.
Kadang ada orang bukan nak sangat mengadu dan komplen itu ini. Cumanya sekadar nak luahkan penat. Sekadar nak ada orang yang mendengar.

Tapi, tak elok juga komplen kerap sangat tanpa cek diri sendiri apa yang boleh kita improve.
Contohnya, kalau asyik komplen isteri kuat membebel... Cuba cek KENAPA dia kuat membebel.
Kalau asyik dapat kawan tikam belakang, cek KENAPA kawan tu tikam belakang.
Kalau bos asyik marah dan tak memahami kita sebagai pekerja dia, cuba cek KENAPA & APA yang sebabkan bos naik angin.

Kalau tak selesa gaji tak naik-naik, cek KENAPA pendapatan kita masih ditakuk sama.
Bila dah nampak kat mana puncanya, kita boleh baiki dan ubah apa yang sepatutnya boleh diubah.
Periksa sampai ke AKAR UMBI, kemudian cari solusi untuk atasi semua isu yang kita tak puas hati.
Mesti akan selesai segalanya bila kita cari PUNCA sampai ke akar.

Tak guna kalau kita komplen dan terus salahkan orang sana sini tapi terlupa nak cek punca berlakunya sesuatu hal yang kita tak suka.
Mudah saja sebenarnya. Hidup ni kan pilihan.

Pilihan kita yang tentukan hasilnya nanti. Maka pilihlah pilihan yang beri kebahagiaan dan ketenangan hati pada kita.

Kita tak mampu kawal dunia tapi kita mampu kawal diri sendiri. Makanya, tak guna kalau kita terus komplen pasal hal yang berlaku keliling kita tanpa kita ubah diri sendiri.

Bila segalanya cukup, semuanya puas hati... Dah tentu tak ada lagi komplen yang keluar dari mulut kita.

Contoh Penulisan 3

 DOAKAN ORANG TAK DIKENALI

💕
Pernah dengar tak... Kalau kita kat luar dan terserempak dengan sesiapa saja... Doakan orang tersebut.
Contoh lah kan...
Kalau kita ternampak penjual pisang goreng ke, rider penghantar makanan ke atau sesiapa saja yang kita tak kenal...
Doakan dia.

"Eh, tapi untuk apa kita doakan dia? Kita bukan kenal pun!"
Betul, kita memang tak kenal dia. Tapi doakan orang tak dikenali akan bawa kita kenal erti IKHLAS.
Doa juga boleh jadi salah satu hadiah yang kita boleh bagi pada orang. Tak semestinya hulur duit.

Sedekah duit, itu biasa.
Sedekah doa, itu luar biasa.
Tambah-tambah pada orang yang kita tak kenal.

Sebab kita takkan pernah tahu siapa yang doakan kita pula.
Kadang apa yang kita dapat dalam hidup ni bukan asbab usaha kita tapi asbab doa orang lain.
Kita tak tau dalam kalangan orang yang mendoakan kita, doa siapa yang akan diangkat dan dijawab.

Tak rugi tau bila kita doakan orang lain. Tapi jangan pernah lupa untuk doakan diri sendiri juga.
Doa semoga dipermudahkan urusan kita untuk mendoakan kebaikan diri sendiri dan orang lain.
Perasaan tu jadi lain bila kita doakan orang tambah-tambah orang yang kita tak kenal sebab kita tak ada rasa nak minta sebarang balasan.

Yelah, macam mana dia nak balas kalau dia pun tak kenal kita dan tak tau yang kita tengah mendoakan dia. Ye dak? 🤭

Contoh Penulisan 2

 MEDIA SOSIAL BOLEH SEBABKAN SAKIT MENTAL

😱
Pernah dengar ayat macam tajuk di atas?
Sebenarnya, pernah la beberapa tahun dulu ada seorang kenalan cerita... Kawan dia tutup akaun media sosial sebab terlampau stress dengan circle media sosial. Katanya, selagi mana dia tak tutup selagi itu dia boleh berpeluang jadi 'jahat'.
Disebabkan tak boleh nak kawal emosi sendiri, dia buat keputusan untuk tutup terus akaun media sosial dia demi kesihatan mental & emosi.
Ada juga dengar sok sek sok sek pengguna lain. Media sosial ni punca depression, stress & pelbagai masalah lain.
Maka beramai-ramai pandang media sosial ni sebagai benda yang negatif.
Bagi Ezaty pula, media sosial tu tak salah. Semuanya bergantung kepada individu tu sendiri.
Macam mana cara seseorang memandang sesuatu, semuanya terpulang kepada diri masing-masing.
Contoh lah kan...
Ada orang kata Facebook ni toksik. Boleh sebabkan ramai membawang, bergaduh dan saling bertikam lidah.
Hakikatnya, semua tu adalah pilihan individu. Bukan salah platform Facebook.
Kalau kita guna Facebook ke arah yang baik makanya baiklah yang kita dapat. Kalau sebaliknya, itu yang ramai boleh terkena sakit mental.
Analogi mudah.
Kita ada pisau.
Pisau tu kita boleh pilih sama ada...
Nak tikam orang.
Atau...
Nak potong timun.
Tools yang sama. Tapi boleh guna untuk dua benda yang berbeza yang akan bawa hasil yang juga berbeza.
Mana satu pilihan kita?

Contoh Penulisan 1

 FOKUS

💎
Pernah dengar tak kata-kata ni... "Apa yang kita fokus, itu yang kita akan dapat?"
Dalam kehidupan seharian, kadang ada saja benda yang kita tak puas hati. Senang cerita kita ni kadangnya mudah komplen. Itu tak kena, ini tak kena.
Kadangnya kita tak suka ada sesuatu hal terjadi tapi yang kita tak nak tu lah yang sudahnya terjadi.
Pelik tak kenapa jadi macam tu?
Benda yang kita tak nak, jadi.
Benda yang kita nak, tak jadi-jadilah pulak.
😂
Kenapa?
Jawapannya mudah saja.
Konsep hidup ni, apa saja yang kita sedang fokuskan... Benda itulah yang akan menjelma & muncul dalam kehidupan kita.
Sebab omputeh kata 'What you focus will expand.'
Sebenarnya kan kita sendiri yang tersalah fokus. Contoh mudah, kita kata tak nak benda A. Tapi kat mulut, kat hati, kat fikiran kita asyik dok ingat kat benda A tu.
Sudahnya, benda A lah yang jadi.
Konsepnya sama macam... Kalau kita drive atas jalan, katakan kita mula fokus pada BMW merah. Kejap lagi akan muncul berbiji-biji BMW merah lalu berselisih sebelah kereta kita.
Pernah kan jadi macam ni? 🤣
Sama juga dengan benda lain. Apa saja yang kita fokus, akan datang, datang dan datang muncul depan kita.
Jadi, kalau tak suka sesuatu...
Jangan fikir.
Jangan fokus.
Kalau suka pula dengan sesuatu, fokus jelah. Mesti akan jadi kenyataan.💪
Jagalah...
Hati.
Fikiran.
Perasaan.
Dan niat kita.
Apa saja yang terlintas, akan menjelma jadi kenyataan.
Fokus yang baik-baik, makanya yang baik-baik juga akan datang dalam kehidupan kita.

Contoh E-book Dropship/Ejen/Stokis 1

  Contoh Cover Depan E-book (1) (2)